Thursday, October 30, 2008

lawak...

Hahah.menarik2>
> Rakaman Percakapan telepon pesanan Pizza tahun 2020>
> Operator : terima kasih anda telah menghubungi Pizza Hot,> boleh saya bantu ....> > Pelanggan : heloo,saya nak pesan pizza> >
Operator : Saya perlukan no I/C encik untuk memproses> permohonanseterusnya.> > Pelanggan : OK, sekejap. No nya : 790615-08-5331> >
Operator : Ok Encik Rahmat ,berumur 41 tahun, encik tinggal> di Jalan Hang Tuah no.16, Seksyen 18/34D, Shah Alam. nombor> telefon rumah : 03 77726378, No pejabat : 03 51912870 ext> 999 dan no telefon bimbit :anda 016-6666222 ,encik menelefon> dari mana ?> > Pelanggan : dari rumah, eh dari mana kamu tahu semua no tel> saya ?> >
Operator : Oh, kami dihubungkan terus ke database pusat.> >
Pelanggan : Oklah, saya nak pesan Seafood Pizza - pekej> family> >
Operator : Itu bukan idea yang bagus encik> >
Pelanggan : kenapa pulak ?> >
Operator : Dari medical record cik , encik memiliki tekanan> darah tinggi dan kolesterol yang berlebihan dari paras> normal.> >
Konsumen : Jadi awak rekemenkan apa ?> > Operator : Mungkin encik boleh pesan Low Fat Hokkien Mee> Pizza> >
Pelanggan : Erm, macamana kalau saya tak suka pilihan tu?> >
Operator : Hmmm minggu lalu pakcik baru pinjam buku yang> berjudul "Popular Hokkien Dishes"dari perpustakaan> negara di Jalan Tun Razak.> >
Pelanggan : Ok lah. Ikut jek la. So, berapa harga pekej> family yg sayapesan tadi?> >
Operator : Tapi pekej family kami takkan cukup untuk anak> encik yang berjumlah 7 orang ..., jumlah keseluruhan adalah> RM80.00> >
Pelanggan : Takpe, cukup tu. Ok Saya akan bayar dengan kad> Visa saya.> >
Operator : Owh, saya rasa encik patut bayar cash sebab had> limit kad Visa pakcik dah tamat dan ada outstanding bil di> Maybank sebanyak RM4050.00 sejak bulan Ogos lalu , itu belum> termasuk caj denda untuk tunggakan bayaran bulan rumah> encik.> >
Pelanggan : Uih? Oklah, saya ke ATM untuk withdraw duit> sebelum penghantar pizza sampai , ke rumah saya.> >
Operator : Owh, rasanya pilihan itupun tak mungkin sebab> rekod akaun encik dalam kesemua empat bank iaitu Maybank,> EON, Affin Bank, Citibank dan HSBC menunjukkan baki kurang> dari RM1.00> >
Pelanggan : Cis! Sudahlah! Hantar aja la pizza tuh, saya> bayar cash kat sini. berapa lama Pizza akan di hantar ?> > Operator : sekitar 45 minit encik, tapi kalau encik rasa> terlalu lama dan tak suka menunggu, encik boleh ambil> sendiri dengan motor kapcai pakcik.> >
Pelanggan : APA ????> >
Operator : Menurut catatan kami, encik memiliki motor> kapcai tahun 2015 dengan no pendaftaran BWW 2114 betul kan> pakcik ?> >
Pelanggan : Cis! Melampau betul! Celaka gile. Sape bagi> bukak rekod org lain sesuka hati ni? ada yg nak kena belasah> ni??!!,> >
Operator : Hati-hati dengan apa yang encik ucapkan. Takkan> encik dah lupa tarikh 15 Mei 2010 pakcik pernah kena tahan> lokap sebulan sebab bercakap kasar dan cuba menyerang> seorang polis di Plaza ALam Sentral, Shah Alam.> >
Pelanggan : (Terdiamm....)> >
Operator : Ada nak tambah yang lain encik ?> >
Pelanggan : Takde, eh tapi kalau pesan pakej family ada> percuma 2 botol coca cola kan ?> > Operator : Betul encik, tapi menurut catatan kami encik ada> juga mengidap DIABETES, jadi kami tidak mau mengambil> sebarang risiko.....> >
Pelanggan : KURANG AJAR!!!!!!!!!!!!!!! BATALKAN SAJA SEMUA> !> >
Operator : Terima kasih atas panggilan pesanan encik, untuk> sebarang komen, kritikan dan pandangan, encik boleh mengisi> form online pada website kami,username dan passwordnya> tercetak pada bahagian bawah kotak pizza yang encik pesan...> terima kasih kerana telah menghubungi Pizza Hot....>

Wednesday, October 29, 2008

princess diary


hai...
arini...bizi sgt...nak ne wat gaji untuk pekerja...tambah plak pekerja bangla 30 org naik pening kapla...aper pun esok last day aku keje kat sini...
pas ni keje kat len plak...pindah balik kedah plak..takper la...jimat skit...kat kdh sewa umah tak mahal..sementara menunggu umah aku siap...lambat lagi siap..akhir tahun depan kot..
dah masuk 2 minggu lebih acif kimi demam...tak der selera nak makan..risau tul aku..semalam laki aku plak demam...musim gaknya...anak ngan bapak dua2 sama tak cukup antibodi..
letihla pikir nak pindah randah ni...dah tu dari tingkat 17 plak tu...kalau bleh aku nk elak dok kat tempat2 tinggi ni...penat kalau nk pindah...
sedihla nk tinggalkan keje ni...tapi aku ne gak cari pengalaman baru..kalau leh nak kumpul pengalaman sebanyak mungkin..baru senang dapat keje kot...setiap kali gi interview sll dapat maklumbalas tak cukup pengalaman...takper aku mula dari bawah...caiyuk nida boleh...
okay la aku nak sambung wat kejer ni...pasni maybe seminggu sekali baru leh update blog ni...yer la keje kat tempat baru blum tentu nak ader internet n masa yang terluang macam sekarang ni....
aku stop sini jer la...nnt aku post cerpen terbaru dari aku...taak siap edit lagi...

Wednesday, October 22, 2008

CintA hAk!ki



Kau yang menciptakan cinta
Dan Kau jua yang menghampar bahagia
DiribaanMu terhimpun harapan
impian tulus setiap insan
Kau yang mengutuskan duka
Dan Engkaulah yang mengirimkan hampa
Namun padamu jua diadukan
Berbagai keresahanDan tangisan
Aku tahu inilah kasihMuAku tahu inilah cintaMu
Dan ku tahu tiap yang terbaik untukku
Tak semuanya yang ku mahu
Dicelah hangat nafas yang terhela
Ada dingin saat menyeru namaMu
Terarah segala rontar rasa
Pada damainya dakapanMu
Aku tahu inilah kasihMu
Aku tahu inilah cintaMu
Dan ku tahu disegenap ruang rasaku
Telah kau titipkan kekuatanOh Tuhan...
Aku tahu inilah kasihMuAku tahu inilah cintaMu
Dan ku tahu Tiap yang terbaik untukku
Tak semuanya yang ku mahuYa Allah...
Dicelah hangatAda dingin saat menyebut namaMu
Terarah segala ronta rasa
Pada damainya dakapanMuYa Allah...

KhUTBaH WIDAK

Khutbah Widak

Ini Adalah Khutbah Terakhir Nabi Muhammad S.A.W Disampaikan Pada 9hb. Zulhijjah Tahun 10 Hijriyah Di Lembah Uranah,Bukit Arafah

"Wahai Manusia,Dengarlah Baik-Baik Apa Yang Hendak Aku Katakan.Aku Tidak Mengetahui Apakah Aku Dapat Bertemu Lagi Dengan Kamu Semua Selepas Tahun Ini.
Oleh Itu Dengarlah Dengan Teliti Kata-Kataku Ini Dan Sampaikanlah Ia Kepada Orang-Orang Yang Tidak Dapat Hadir Di Sini Pada Hari Ini.

Wahai Manusia,Sepertimana Kamu Menganggap Bulan Ini Dan Kota Ini Sebagai Suci, Maka Anggaplah Jiwa Dan Harta Setiap Orang Muslim Sebagai Amanah Suci. Kembalikanlah Harta Yang Diamanahkan Kepada Kamu Kepada Pemilik Yang Berhak. Janganlah Kamu Sakiti Sesiapa Pun Agar Orang Lain Tidak Menyakiti Kamu Lagi.

Ingatlah Bahawa Sesungguhnya Kamu Akan Menemui Tuhan Dan Dia Pasti Membuat Perhitungan Di Atas Segala Amalan Kamu.Allah Telah Mengharamkan Riba,Oleh Itu Segala Urusan Yang Melibatkan Riba Dibatalkan Mulai Sekarang.
Berwaspadalah Terhadap Syaitan Demi Keselamatan Agama Kamu.Dia Telah Berputus Asa Untuk Menyesatkan Kamu Dalam Perkara-Perkara Yang Besar,Maka Berjaga-Jagalah Supaya Kamu Tidak Mengikutnya Dalam Perkara-Perkara Kecil.

Wahai Manusia Sebagaimana Kamu Mempunyai Hak Ke Atas Isteri Kamumereka Juga Mempunyai Hak Keatas Kamu.Sekiranya Mereka Menyempurnakan Hak Mereka Keatas Kamu Maka Mereka Juga Berhak Untuk Diberi Makan Dan Pakaian Dalam Suasana Kasih Sayang.Layanilah Wanita-Wanita Kamu Dengan Baik Dan Berlemah-Lembutlah Terhadap Mereka Kerana Sesungguhnya Mereka Adalah Teman Dan Pembantu Kamu Yang Setia.Dan Hak Kamu Atas Mereka Ialah Mereka Sama Sekali Tidak Boleh Memasukkan Orang Yang Tidak Kamu Sukai Ke Dalam Rumah Kamu Dan Dilarang Melakukan Zina.

Wahai Manusia,Dengarlah Bersungguh-Sungguh Kata-Kataku Ini,Sembahlah Allah Dirikanlah Sembahyang Lima Kali Sehari,Berpuasalah Di Bulan Ramadhan, Dan Tunaikanlah Zakat Dari Harta Kekayaan Kamu.Kerjakanlah 'Ibadah Haji' Sekiranya Kamu Mampu.Ketahuilah Bahawa Setiap Muslim Adalah Saudara Kepada Muslim Yang Lain.Kamu Semua Adalah Sama;Tidak Seorang Pun Yang Lebih Mulia Dari Yang Lainnya Kecuali Dalam Taqwa Dan Beramal Soleh. Ingatlah,Bahawa Kamu Akan Menghadap Allah Pada Suatu Hari Untuk Dipertanggungjawabkan Di Atas Apa Yang Telah Kamu Kerjakan.Oleh Itu Awasilah Agar Jangan Sekali-Kali Kamu Terkeluar Dari Landasan Kebenaran Selepas Ketiadaanku.

Wahai Manusia,Tidak Ada Lagi Nabi Atau Rasul Yang Akan Datang Selepasku Dan Tidak Akan Lahir Agama Baru.Oleh Itu Wahai Manusia,Nilailah Dengan Betul Dan Fahamilah Kata-Kataku Yang Aku Sampaikan Kepada Kamu.
Sesungguhnya Aku Tinggalkan Kepada Kamu Dua Perkara,Yang Sekiranya Kamu Berpegang Teguh Dan Mengikuti Kedua-Duanya,Nescaya Kamu Tidak Akan Tersesat Selama-Lamanya. Itulah Al-Quran Dan Sunnahku.
Hendaklah Orang-Orang Yang Mendengar Ucapanku,Menyampaikan Pula Kepada Orang Lain.Semoga Yang Terakhir Lebih Memahami Kata-Kataku Dari Mereka Yang Terus Mendengar Dariku.Saksikanlah Ya Allah ,Bahawasanya Telah Aku Sampaikan"

RENUNG-RENUNGKAN.....

"Kejayaan yang tulen dan bermakna seumpama tangga. Kita mesti memanjat anak-anak tangganya satu persatu supaya kita bisa mengukur dan menghargai tinggi rendah dunia."
PETUA MENCUCI HATI OLEH DATUK DR HAJI FADZILAH KAMSAH

Segala Aspek Kehidupan Ini Bermula Daripada Hati. Oleh Itu Di Bawah Ini Ada Beberapa Cara Bagaimana Hendak Mencuci Hati. Diolah Oleh Pakar Motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.
1. Dirikan Solat Dan Banyakkan Berdo'a
- Ini Adalah Salah SatuKaedah Yang Sungguh Berkesan. Semasa Berdo'a Turut Katakan "Ya,Allah Jadikan Hatiku Bersih"
2. Selawat Keatas Nabi Muhammad S.A.W Paling Minima 100 X Sebelum Tidur
- Ini Merupakan Satu Pelaburan Yang Mudah Dan Murah. DisampingDosa-Dosa Diampunkan, Otak Tenang, Murah Rezeki, Orang Sayangkan Kita DanMencetuskan Semua Perkara Kebaikan.
3. Solat Taubat - Selain Daripada Memohon Keampunan, Dapat Mencuci Hati Dan Menenangkan Minda.
4. Membaca Al-Quran - Selain Dapat Mencuci Hati Juga Menenangkan Jiwa, Penyembuh, Penenang, Terapi. Sekurang- Kurangnya Bacalah"Qulhu-Allah" Sebanyak 3x
5. Berma'af-Ma'afan Sesama Kawan Setiap Hari
- Semasa Meminta Maaf Perlu Sebutkan.
6. Bisikan Kepada Diri Perkara Yang Positif
- Jangan Sesekali Mengkritik, Kutuk Diri Sendiri, Merendah-Rendahkan Kebolehan Diri Sendiri. Katakan Lah "Aku Sebenarnya......(Perkara Yang Elok-Elok Belaka)
7. Program Minda/Cuci Minda
Paling Baik Pada Waktu Malam Sebelum Tidur, Senyum, Pejam Mata, Katakan Di Dalam Hati "Ya, Allah Cuci Otak Aku, Cuci Hatiku, Esok Aku Nak Jadi Baik, Berjaya, Ceria, Bersemangat, Aktif, Positif". Menurut Kajian Saikologi, Apa Yang Disebut Sebelum Tidur DapatDirakamkan Sepanjang Tidur Sehingga Keesokan Harinya - Cubalah!!).
8. Berpuasa
- Sekiranya Dalam Berpuasa Terhindar Dari Melakukan Perkara-Perkara Kejahatan.
9. Cuba Ingat Tentang Mati
(Sekiranya Hendak Melakukan SesuatuKejahatan, Tidak Sampai Hati Kerana Bimbang Akan Mati Bila- Bila Masa).
10. Kekalkan Wuduk.
11. Bersedekah.
12. Belanja Orang Makan.
13. Jaga Makanan - Jangan Makan Makanan Yang Subhat.
14. Berkawan Dengan Ulama.
15. Berkawan Dengan Orang Miskin (Menginsafi).
16. Pesan Pada Orang, Jadi Baik.
17. Menjaga Pacaindera (Mata, Telinga, Mulut...Dsb), Jangan DengarOrang Mengumpat.

hari yang busannnnn


hari ini busan n sakit kapla skit...manyak tui keja depa bagi kat cek ni...dahla semalam tido lewat si kecil ku sayang meragam.....huhhhh...(sambil melentokkan kapla yg satu ke atas meja...)..


bos: uitt anak dara nak curi tulang ya?

cek: dak aih..tuan haji lupa ya..nida bkn anak dara lagi..dah mak teruna dah..hehehehe..

bos: pandai la jawab..semua cek dah ready ka? dokumen mat2 bangla yg baru masuk dh settle ka? gaji mat indon yg nak blah tu dah siap?

cek: uiii manyaknya soklan..beres boss..tu yg nantuk..baru nak rehat..


tu la keja aku arini..hehehe sebenarnya tak berapa nak beres lagi pun...asyik dok baca novel kat blog2 org...aini! naper tak update lagi smt mahkota?? nasib hanny ader entry baru..tiap ari bersemangat jer nak datang kerja...bkn pasal berhemah ke aper...tapi psl nk layan citer2 kat blog korang...tak patut tul...takper sekurang2nyer termotivasi skit aku nih...


kerja oh kerja...

bila la aku nak dapat kerja yang best..tak pun tak payah kerja tapi luit masyuk berjuta2...wahhh indahnya dunia...khayalan ku dah bermula...bygkan aku seorang yang kaya? aper yg aku nak wat ek...? shopping? takkan sampai ari2 plak..kdg2 terpikir gak kalau aku golongan yang kaya or anak agung ker...camner ek? best ker? best la kejap...pastu mesti boring kan..ahhhh tak boringnyer...leh gi melancong..leh bagi duit kat saper2 pun..leh ape lagi ek...tak terkeluar plak idea..bila jadi org biasa teringin nk ader manyak luit, tapi biler tnya nk wat per luit manyak...tak tau plak nk wat per..pelik manusia ni..xpernah puas dgn aper yg ader..kan?


aper-la susahkan otak dgn benda2 cmtu..let it be....kalau Allah kurniakan aku rezeki yang lebih meningan aku bersyukur loh..samping aku membantu aper yg patut... tui dak....


so kiter enjoy!!!!! yihaaa!!!!

mari kenai2 pangkal nama


Pemilihan huruf pertama pada nama juga adalah penting. Berikut sebagai sedikit panduan.

A Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.

B Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya. Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.

C Ramah dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.

D Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.

E Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.

F Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Mereka juga sukar memaafkan. Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.

G Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.

H Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.

I Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.

J Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.

K Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.

L Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya, tidak menepati masa.

M Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan berontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya, boros dan keras kepala.

N Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya diri.

O Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.

P Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kretif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain. Agak pendendam dan boros.

Q Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.

R Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.

S Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji. Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.

T Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.

U Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.

V Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri. Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.

W Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.

X Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.

Y Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.

Z Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.

Thursday, October 16, 2008

cerpen:cinta babun


korang!! Sinila…aku nak citer skit tentang kisah aku time aku skool dulu2..kisah ni bole dikatakan cinta babun la….ala zaman sekolah mesti kena ader kisah cintan-cintun nikan???
Aku bukan aper sajer nak kongsi citer zaman tok kaduk..walaupun dah basi tapi citer ni masih lagi melekat liat di ingatan..tambahan plak baru dapat kad undangan perkahwinan si dia…kekasih lama aku…konon-konan cinta babun ku yang pertama..

Kisah ni berlaku time aku belajar di tingkatan 3. waktu tu aku memang la antara plajar yang terkenal disekolah..terfamous di sekolah bukan sebab aku ni cun ker..cerdik ker aper..glamour sebab kenakalan ku..aku memang terkenal dengan masalah disiplin..cikgu displin jangan cakapla…dah tak makan saman. Eh melalut plak..tapi tu la intro aku…

Detik perkenalan aku???

Masa tu aku dan teman baik aku shara nak ke toilet untuk….membuang masa..yakni monteng kelas la…dalam perjalanan ke toilet aku terpandang mamat baru berseragam putih terpacak kat depan pejabat sekolah.
Aku dan shara yang memang terkenal dengan kaki nyibuk mulala melencong dari niat asal. Kami berdua mula la nak menjadi charlie’s angel menyiasat saper gerangan mamat yang bole tahan la hensemnyer..

Masa tu aku Cuma jelling-jeling tenung-tenung je la…bila dekat ngan mamat tu kitorang kena tangkap ngan pengetua sebab ponteng kelas…so, niat nak bermesra alam dengan mamat baru terbantut. Alih-alih kami berdua kena tindakan kerja amal jariah memungut sampah setiap kelas..hampeh btul..

“ ayun tul lah…tak sempat kita nak ngorat dah kena jadi makcik cleaner plak..” rungut shara. “ hensem gak ek??” ujarnya lagi…” wei!!! Dengaq dak ni???”

“ dengaq la..ala rilek la kawan..aku pasti, dengan cara ni dia tentu ingat muka kiter kan???” “ tambah2 muka aku yang ala2 kajol ni kan?” “ cepat la woi…aku tak puas ati lagi tak selidik mamat tu kelas mana…” aku mula memasang angan2 untuk berkenalan dengan mamat tadi…

“alamak wei kelas cikgu mazlan la.. kalau kiter lewat pasti kena berdiri atas kerusi..aku bukan apa sian kat kerusi aku tu…rasanya dia tak larat kalau tiap2 hari nak tampung berat badan aku…” jom ahhh abaikanla kerja2 amal ni..”

Kami berlari ke kelas apabila terpandang cikgu mazlan menuju ke pintu depan…
‘ hah..!!! lambat lagi…berdiri atas kerusi” “ ape lak cikgu kami sampai dulu aper…”

Aku terus berlalu ke meja kesayangan aku…

Setelah memberi salam kepada cikgu mazlan. Farid mengangkat tangan. “ wei kot ya pun agak2 la jangan angkat aircond lama2…busuk tau!” aku menempelak farid ketua kelas kami masa tu..ala ketua angkat sendiri… “ cikgu, ada pelajar baru.” Nak terhantuk kepala aku ke meja terkejut dengan kenyataan tadi…aku mula pusing kepala mencari gerangan makhluk asing di kelas aku…dan yang pastinya mamat tadi ader dekat jer dengan aku..camner leh tak perasan ni…alahai tak dan nak control ayu…mamat tadi sudah pun berdiri dan memperkenalkan diri..dan aku tak semena2 terbangun dari kerusi dan memperkenalkan diri…spontan beb!!!!MALU! hampa gas btul…

“ hai nama saya hani maisara budak paling cun dalam kelas…” terus meledak satu kelas…aku yang tengah terberangan terkejut beruk..alamak aku ter bangun btul2 la…hampeh tul…

Time rehat aku ngan shara dah lama sampai kat kantin..tiba2…..

“ hai hani..” sapa suara yang aku tak berapa nak cam lagi… “ hai..hah???” melopong mulut aku…tul ke ni dia tegur aku…??? Shara..jangan jeles…dia tau nama aku!!!huhuhu…”

“memang la tau dah ang pi wat pengumuman tadi aper benda nya???” heheh aku mula tersengih. Shara dah mula menarik muka masam..

“ hai…duduk2..sorila saya terlupa nama awak” cover la tu…bukan terlupa tapi memang tak tau langsung pun tadi dok berangan mana nak sempat dengar nama dia,,

“ saiful rizal, panggil jer rizal…” jawab mamat tadi…sekali aku pandang mamat ni macam salleh yaakob plak.. “ woi…mula la tu…yang ang dok tersengih pasaipa?” eh ye ker aku aku senyum pasai aper ek…oooo pasai muka salleh yaakob..kalaula mamat nit au aku dok ngata dia dalam hati….mesti blah terus…

“ tadi korang kena denda naper ek?” Tanya saiful atau aku lebih suka panggil epul..” biasa la ang akan lebih mengenali kami berdua kalau ang lama skit kat sini…lagi pun kami bukan kena denda, kami yang minta kerja amal..boring takder aper nak wat..kan shara?”

Hari berganti hari dan minggu dan bulan…aku mengenali epul dengan sedalam nyer…tapi biasa2 la…dia dah mula jadi geng aku..tapi awal2 lagi aku dah warn dia jangan ikut kami wat kerja nakal kami…cukup sekadar kawan…epul selalu nasihatkan aku…jadi wanita solehah la…control la…sopan la…sampai satu hari birthday aku…aku dapat 1 kaset WANITA DAN ISI NERAKA…punya la ngamuk aku…bukan aper terkesan gak di hati…tercabar lak aku rasa nyer…aku mula berubah…Cuma pengawalan suara dan pemakaian jela…perangai cam dolu2 gak…nakal..hehehe…lum masa nak insap kot huhuu…

Aku ingat lagi masa tu hari selasa kebetulan kelas bahasa arab..aku tak berapa nak berkenan sangat subjek ni. Aper lagi kaki aku mula nak panjang sampai ke pintu belakang kelas..nak ponteng la..kelibat ustazah dah nampak kat muka pintu depan. Apa lagi pecut la…and….tau aper terjadik?

Gedebuk…alih2 accident….ngan mamat tu la….siap peluk aku lagi…. “woi gila ka?” ape ni peluk orang... “ maaf epul ingat hani nak jatuh…” “ aper ingat orang takdak stamina ka? Hampeh tul rosak program aku nak ponteng kelas…” rungut aku…aku terus blah keluar..dengar gak suara uztazah memanggil nama aku…tapi sebenarnya aku dah malu…huhu dia dah peluk aku….macamana aku nak berdepan ngan dia nanti…camner ek nak balik kelas ke tak…kalau tak balik dia kata aku malu plak…ahhhh aku wat biasa n takder paper la…..rileks la hani…tapi naper tergetar jer jantung n segala organ dalaman aku ni???

Minggu seterusnya epul mula minta no fon rumah..masa tu mana ader handset kan…so talian bawah bumbung ni la yang glamer…
“ hani, aper no fon umah ang ek? Mana tau time aku tak tau keje sekolah aku leh call ang Tanya..” eleh…nak ngorat aku cakap la…hehe sempat lagi tu….

“ maaf la epul, aku ni bukan takat tepon, tiang tepon pun aku tak pernah tengok!!” pas cakap cam tu aku pun terus blah keluar kelas…saja jalan-jalan cari pakwe.. hehehe… aku nampak masa tu muka epul cam tak paham lak…mandom btul la mamat nih…


Erm… lagi tiga hari lagi…saiful rizal akan melansungkan hari bahagianya…aku? Don’t worry aku tak akan gi wat hal la kat majlisnya…aku dah kawin pun ngan anak pak kasim..dah ader anak dah pun…tapi memori cinta pertama tetap dlm ingatan walaupun hanya cinta babun…oh ya nak citer lagi la….

Kira-kira jam 3 petang aku menerima panggilan dari orang lelaki..siapa ntah…ngada-ngada nak ayat aku….

“ hello hani ader?”
“ speaking” chewah berdialog omputih lak…
“ kenai dak? Saya ni peminat awak…tiap hari saya selalu perhatikan awak dari kelas saya”
Aik nak pekena aku ke ni….ting! idea menerpa masuk and bercahaya je dalam otak aku ni…

“ maafla saya tak kenai tapi saya suka kalau ader berminat boleh saya promote jual belacan saya…awak nak beli?” hah amik kau..nak kenakan orang konon…

“ kah!kah!kah! teruk la ang hani…baru nak mengayat….”

“ ingat aku tak cam ka? Dapat mana no private aku ni? Gatai sungguh” sambil mata aku tengok jam…huh tak solat lagi ni…” dah la wei…aku nak tunai janji aku ngan Allah…ang dah sembahyang ke belum ni? Kalau rasa nak ngorat aku..ang kena buktikan yang ang mampu jadi imam surau sekolah..ok?”

“ hani jap! Aku akan buktikan aku mampu jadi imam dan ang akan jadi makmum aku nanti..lagi satu aku memang suka kat hang pun…”. “ eleh..ye la tu…”
Keesokkan harinya aku berjalan kaki ke sekolah…sambil berjalan aku melirik kea rah kedai mamak…mata aku tertumpu kepada sekumpulan pelajar lelaki sedang berborak rancak..jauh di sudut kedai aku terpandang kelibat epul…alamak napa berdegup jer jantung aku nan satu ni…mata epul tajam merenung aku…aku cuba wat biasa atau lebih tepat lagi buat muka berlagak la…

Epul jalan cepat menyaingi aku…alahai masa tu aku tak tahu nak buat muka macamana..aku buat-buat belek buku teks sekolah…

“ hani, epul serius la semalam…” epul mula berbicara. Siap bahasakan diri dia epul plak…janggal rasanya telinga aku terima. “ apa kena ngan hang ni? Gila ka apa? Hang tak payah la nak pekena aku… sapa suruh ang pekena aku ni? Dah jauh skit jalan tu..jatuh saham aku nanti” aku mempercepatkan langkah..dan tak semena-mena seketul batu yang tertonggek kat depan aku ni dapat ciuman free dari aku…hampeh tul..camner leh tak perasan ada ketul batu ni…bisik hatiku perlahan..MALU! aku pandang ke belakang…aku tau epul memang nak gelak tapi takut aku naik angin seterusnya me rejectkan proposal dia…terus dia diam lalu cepat menghampiri aku..

“ hani okay ke? Jalan tak tengok depan..selalu kalut” sambil tersenyum..

“ wei…gelak jer la..tu hah depa yang kat kedai dah gelak pun..aku tak kisah la..aku tiap-tiap hari jatuh kat depan ni..dah tak malu la..”

Dengan automatiknya epul gelak berdekah-dekah macam tengok senario ja lagaknya hampeh…. “ Jomla loceng dah bunyi” terus tangan epul mengambil buku teks dari tangan aku..konon nak tunjuk gentleman la tu…tak kisah la asalkan aku tak payah susah-susah nak bawak..best gak ada orang yang sanggup bawak tiap-tiap hari..

Kami menapak berdua masuk ke dalam kelas..aku tau ramai yang memandang sepanjang kami berjalan bersama dari pintu pagar ke kelas..

“ woi korang ni couple yer…ohh…tak bagitau…” marzimi mula bersuara.. “ pon! Hani ka orang yang hang suka tu?”

“ tak payah dok gatai buat gossip nak masuk melodi..tak hingin la aku mamat ni..lain la kalau ustaz rosli yang hensem…” mata ku terpandang ustaz rosli yang mula menapak masuk ke dalam kelas..ustaz yang tidak tahu pucuk pangkal mula menyampuk… “ ada apa hani? Sapa yang hensem? Kamu nak mengorat sapa pulak? Dunia ni nak terbalik agaknya..pompuan ngorat lelaki…tak patut perigi cari timba hani”

Aik aku plak yang kena..tak boleh jadi ni.. “ wahai ustaz ku sayang..yang hensem tu ustaz la..saya dok rancang strategi nak mengorat ustaz la jadikan suami mithali saya..camner? nak terima saya tak ustaz?” ambik kau… aku pandang tepat ke arah mata ustaz..mula kemerahan muka dia..tak sangka kot yang ada pelajar meluahkan perasaan depan kelas..berani betul kan aku masa tu…bila teringat balik cam nak tergelak jer.. “ dah la hani, cukupla merapu..saya akan pilih perempuan yang solehah, sopan dan yang penting menghormati orang yang lebih tua…” panjang ustaz muda itu menghuraikan gadis idamannya..korang jangan terkejut plak tau..ustaz aku masih muda fresh graduate dari mesir..

........................................................................................................................................................

Majlis kahwin epul dah lama lepas..aku? korang agak aku gi tak majlisnya??
Ermmmm………….pergi kot….

Aku siap berbaju kurung biru laut untuk ke majlis epul..aku mula melirik jam di dinding…baru pukul 11a.m. ape excited ker aku ni nak tengok hari bahagia epul….

“ hai epul…nape la aku berdegup jer.. macamna la muka ang la ni…tambahan berbaju pengantin…” aku mula bermonolog sendiri sambil menunggu che syamsiah kawan aku untuk sama-sama memenuhi jemputan epul….

“ wei makcik, ang kat mana ni? Cepat skit aku takut anak aku meragam nanti aku pakai lawa2 ni”

“ on the way lah sabar la tau la tak sabar nk tengok x boifren kawen…” che syam mula nak perli aku… tapi memang betul pun.. aku memang tak sabar nak tengok sapa yang berjaya rampas someone yang pernah bertahta di hati…ekkk rampas ker…atau aku yang lepaskan…ye ker? Entahlah tu korang kena Tanya epul naper kitorang tak bersama….

Sepanjang perjalanan aku ke rumah epul, aku mula mengungkit kisah kami berdua semasa zaman remaja kami…che syam sekali2 mencelah…

………………………………………………………………………………………………

“hani, aku nak jumpa ang kat library” epul menyapa n terus memberi arahan. Sikit pun dia tak memandang ke arah aku..aku mula terpikir-pikir untuk ikut langkah epul atau berpatah balik. Aku pantang orang memberi arahan mula nak ingkar..tapi entah kenapa aku ingin sekali mendengar suara epul.. cinta ker? Rindu kot…hehehe

Aku mula menapak menuju ke bangunan library sekolah. Aku mendongak memandang epul yang tunggu di tangga.. uiii bapak punya serius…tatot aku… “ awat plak mamat ni…ada masalah ker?...keruh jer muka” ape pun baik aku cepat karang bising plak mamat tu…

Aku menjenguk kepala di pintu library, aku terpandang epul yang tunduk melihat meja..aku mula menghampiri epul sambil duduk bersebelahan. Dekat sekali.. bau perfume epul semerbak mewangi baru aku sedar sejak kebelakangan ni epul memang wangi…heheheh nak ngorat aku la tu…
“ yer sayang ader aper?” sajer nak nyakat mamat ni…guna sayang2. aper lagi senyum meleret la epul… “ hani terima epul ke?” epul memandang tepat ke mata aku..uiii terus ke dalam hati ku…n mula la...cinta babun ku...jap jer tak lama pun hanya kurang dari setahun..takder jodoh kot..entahla..maybe tak sedalam cintaku kat hubby ku yang satu..HALMI...pendek kata aku bertemu ngan orang lain la...hahahaha epul juga bertemu ngan awek "idaman"nya kot... tapi aku bersyukur kami tetap bersahabat kamceng hingga sekarang...dah takder feeling2 lagi dah...hatiku hanya satu...hubby i love u

Wednesday, October 15, 2008


Never thought you came into my life

It makes my life brighter

It makes my dreams come true
You bring life to everything i do

Our love is sincereFor the last forever
*I love youAnd you know my love is true

It will never endTill the end of time
I will never find someone like you

But I have to go on and I still will go on

I will never find love like yours

And those sweet memories it will last forever

kemana perginya cahaya dari wajahmu yang selalu menyejukkan hatiku

mengapa sekarang mendung menyelimutinya

wajah ayumu begitu sendu pilu
tidakkah kau ingin kembali bersinar seperti mentari di pagi hari

beri kehangatan kebahagiaan juga kedamaian
tersenyumlah... terlalu pagi untuk bersedih

tersenyumlah sayang waktu tak akan pernah menunggu

tersenyumlah... jalan kita masih begitu panjang

tersenyumlah sayang hidup ini begitu indah
tidakkah kau ingin kembali bersinar

seperti mentari di pagi hari

beri kehangatan kebahagiaan juga kedamaian
tersenyumlah... terlalu pagi untuk bersedih

tersenyumlah sayang waktu tak akan pernah menunggu

tersenyumlah... jalan kita masih begitu panjang

tersenyumlah sayang hidup ini begitu indah

Tuesday, October 7, 2008






tengok ni...muka hubby aku yang pura2 senyum...ala cover takut tu...gambar ni masa kitorang bercuti di langkawi..gunung mat cincang kot...ataih kabel..not bad la...tinggi gak...acif kimi aku tingggal kat mak di bawah...kitorang gi bercuti satu family...
best gak la...tapi gi tak lama pun...saja release tension pas wat kenduri kawin abang haris...pas ni nak gi melancong ke sabah plak..tapi mungkin tahun depan..tahun ni dah bis cuti....

ha yang kat atas sebelah kanan tu gambar kawin abg aku...tapi time belah pihak pompuan...blah umah aku kaler merah cabai.....nak tengok gmbar anak aku?
ni ha...gambar anak kesayangan aku...haseef hakimi atau pun mak lang dier panggil acif kimi..comei dak...? huhuhu letih tau jaga anak ni...plak time baru leh jalan ni...tak larat nak kejar..tapi best...tak sangka sungguh yang aku akan dapat anak secepat ni...rasa cam mude lagi...hehehehe perasan...tapi itulah kenyataannye...yang aku ni dah jadi sorang ibu..