Friday, September 26, 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri


selamat hari raya aidilfitri kepada semua umat islam di malaysia or dibumi Allah..

semoga kedatangan aidilfitri ini membawa cahaya islam yang sejati dalam diri seluruh umat..aku berdoa agar Allah memberi sedikit peluang lagi aku hidup di dunia ini untuk beramal kepadaNya..menyempurnakan segala suruhannya yang termampu...Amin..


Ya Allah, kau sinarkanlah keluargaku dengan limpahan cahaya keimanan dan murahkanlah rezekiku dan bimbinglah kami ke jalan yang diredhaiMu. Amin-amin ya rabbal a lamin...

Thursday, September 25, 2008

wanita di sisi Allah


Mulianya seorang isteri disisi Allah... Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak. Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka..... Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh... 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya. Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah. Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. . sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya. Satu lagi berita gembira untuk wanita, Sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya, Lahir saja bayi seluruh dosanya habis. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga. Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur. Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung. Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah keatasnya jua.. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini. Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain.. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki. Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi. Woman was made from the rib of man, She was not created from his head to top him, Nor form his feet to be stepped upon, She was made from his side to be close to him, From beneath his arm to be protected by him, Near his heart to be loved by him. "Wahai Tuhan... ku tak layak ke syurgamu ... namun tak pula aku sanggup ke nerakamu... kamilah hamba yang mengharap belas darimu ... "Ya Allah... jadikanlah kami hamba2 mu yang bertaqwa .. ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"...... Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah. Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illalLah' ini. Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya):"Wahai manusia! Ucaplah 'Laa ilaaha illalLah', kamu pasti berjaya!" Marilah kita ucapkan kalimah ini: "Laa ilaaha illallah!" x 10 Setelah ucapkannya sebanyak 10 kali, panjangkan/fowardkan email ini kepada sekurang- kurangnya 10 orang rakan-rakan anda. Bayangkan betapa besarnya pahala yang Allah sediakan, hanya untuk usaha kita yang sedikit ini

Wednesday, September 24, 2008

Tuesday, September 23, 2008

HATI MU MILIKKU AKHIRNYA....


Selamat datang ke ruangan PARI-PARI UNGU...
walaupun tak seberapa cun blog ni...tapi aku tetap berbangga kerna aku berjaya membinanya tanpa bantuan orang lain...
cewah bangga woooo.......
sajer jer galak gatai nengok orang ader blog kiter pun teringin tapi entah aper yang nak upload pun tak pasti lagi..
tak per kiter mula kenai-kenai dulu la...
AKU?
Tentula si pari-pari ungu..hehe tu ha kat sebelah ni gambar aku..time akad nikah...la dah kawin rupanyer yer...?
yup!! dah kawin dan dah ader anak dah pun..boy.
time tu syok jer ek...yerla dah besar dah anak mak rupernyer..tak tau ke depan menjadi isteri yang terbaik...ibu yang pandai mendidik...susah...
SEKARANG?
susah la jugak..mana nak jaga mkn minum pakai suami tambah plak orang baru lagi la menambah tgjwb dan memerlukan perhatian...tapi takper aku ni kan kuat semangat..cayuk!!! luper lak ek...nk citer ttg diri aku dari kecik2 sampeila dah ader anak ni....
nama aku nama orang melayu jer tak glamer manapun..kawan2 panggil nida, hubby panggil ny jer..mak, sedara2, jiran2, orang kampung sume panggil kakak..yerla aku anak sulung perempuan..ader la sorang abang, adik pompuan and adik lelaki..aku rapat ngan sume orang..mudah mesra kot..sbb byk kawan2 panggil aku mesra alam flora...cikgu-cikgi kat soklah dulu panggil pelipurlara..aku ni banyak mulut n suka bercerita..ntah aper-aper jer and ader jer yang kau nak crita....
aku ni clumsy skit! yerla sentiasa perkara yang x senonoh terjadi dalam kehidupan seharian aku...jatuh, kasut pecah, selipar tercabut, langgar tiang, cium lantai, baju koyak, even tali tut2 pun leh putus...teruk kan,...tapi itu dulu la zaman sekolah..sekarang?? jadi jugak tapi kadang-kadang..hehehehe
kawin dah 2 thn...tak sempat nk konvo dah pun kenduri...gatai sungguh!! tu la agaknya aku sampai sekarang susah sangat nak dapat kerja yang relate ngan degree aku...takperla jadi kerani pun kerani la...asal ader income..yer tak...dulu time tadika nak jadi doktot!! sampai form 5 aku mmg dah aliran sains tapi kantoi dalam perjuangan...
so aku amik keputusan kona amik bisnes..diploma la..dah syok2 berangan nk jadi usahawan terbilang dan gemilang...aku dapat smbg bljr ke peringkat ijazah dalam bidang sumber manusia...so cita-cita nk jd bisneswomen tak jadik...so, aku berazanm nak jadi pengurus sumber manusia plak tak pun menteri sumber manusia ker...hehehe tak salah kalau berangan tinggi kan?? mustahil...nk jadik menteri...nak jaga famili pun kelamm kabut, inikan nak jaga pekerja2 kat mesia ni....huhuhu cam tak sanggup...
hobi lak....bercakap!!! bukan per exercise muka...tu yang tembam 4 bakul tu..lagi pun air liur banyak sangat...buang la skit,....boring la kalau tak bercakap...korang pernah tak tak bercakap lgsg selama 24 jam...tak leh kan???aku pun sama la...lenguh mulut aku ni kalau tak bercakap...hobi kedua aku sekarang ni main ngan anak jer...sedey kan? itu la aku sekrang..balik opis jer main ngan anak...layan jer keletah dier....
penat wooo....tapi aku bahagia..
favourite food...tomyam koong..asam pedas n masakan kampung...aku tak suka fast food sgt..tapi meggi aderla menu wajib dalam sebulan....minum lak aku lebih suka minum apple juice...milo kot...pangkah utk nescafe...sakit kapla...
panjang dah kot....
aku tak larat taip dah...stop dulu la yer....
oh yer pasai pari-pari ungu...
dulu aku suka berangan kalau ader pari-pari yg sentiasa bersama aku...tak pun aku ader sayap ker...leh terbang-terbang cari lucky...heheehehe
ungu plak alaaaa....aku sll tgk citer kartun mat sallleh asal pari-pari jer mesti kaler ungu....konon2 cun la kan...hehehehe...
k yer dah........
wassalam...